Sunday, August 12, 2012

Puisi Sendiri Aku Yang Bosan


Hari itu aku menyusuri gigi pantai yang berombak,  
Ombak kelihatan kian memutih tat kala hadir di gigi pantai,
Aku ketika itu sangat bosan melanda, 
Merenung jauh ke hujung lautan yang tak bertepi,
Apa yang aku pikir ini itu dan ini,
Entahlah mungkin pikirkan nasib, mungkin pikirkan hidup,
Bermacam-macam berlegar di kotak otak kanan dan kiriku,
Aku terus menyusuri tanpa rasa jemu dan malu,
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
Kini aku sedar aku dah tertinggal jauh di belakang tanpa haluan,
Kini aku tak yakin akan haluan yang mahu aku lalui,
Mungkin tak kan berulang lagi kisah peninggalan masa begitu sahaja,
Tapi untuk esok apa perlu kulakukan,
Masa aku membiarkan kau pergi dan berlalu,
Tanpa aku hargai setiap saat, minit dan jammu,
Maaf aku jauh meninggalkan mu wahai masa,
Berikan aku sedikit masa, berikan aku sedikit waktu,
Agar aku bisa mencari haluan yang pasti.

4 comments:

  1. wah...
    ada bakat nampaknya..
    hihihi..
    tp kak, ada salah eja tau..
    selepas 'hari berganti hari' tu..
    sepatutnya 'bulan berganti bulan' kan?=)

    ReplyDelete
  2. Terbaik..tapi kalau menggunakan bahasa melayu tulen lagi terbaik..bahasa jiwa bangsa..ecece..hehe..sekadar pandangan..

    kerana puisi ini sinonim dengan kelembutan dan ketinggian olahan bahasa..wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. p/s : erk...masuk blog ni secara tak langsung terasa kehangatan nak raya..kenapa ye?huhu...

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...