Wednesday, November 14, 2012

Tidur pakai bra, berbahaya?

 
Kanser...semua orang tahu kan kanser adalah penyakit pembunuh, saya bila dengar perkataan kanser rasa seram cering semua bulu roma, kerana bila kita dah menghidapi barah, untuk ubati penyakit ini amatlah susah dan berkemungkinan sukar untuk pulih dan akan membawa maut. Salah satu pembunuh wanita masa kini ialah Kanser Payu Dara.
 
 
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? "Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

"Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Tambah beliau, "Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."

Begitu juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.

"Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.

Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.

"Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan," kata Dr. Febriansyah.

Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.

Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.
 
sumber : yahoo

7 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...