Friday, March 22, 2013

Tazkirah Jumaat : Sifat Sifat Takwa

Pejam celik pejam celik, usia kian melewati masa, urat-uratan rambut kian memutih, kulit-kulitan kian mengedut. Namun diri masih lemah dan alpa dengan kelewatan ini. Apakah telah cukup iman di dada untuk ke sana. Oh begitu sekali pemikiranku pada jumaat kali ini. Usia bukanlah penghalang untuk sentiasa beramal dan berubah. Namun seringkali insan2 berungkap "alah muda lagi nanti tua2 insaflah", ini bukan ungkapan yang baik, jika sampai masa tidak mengira waktu apa pun akan pergi jua.

Kali ini saya terpanggil untuk mengupas ciri2 sifat takwa yang perlu ada pada setiap insan yang bernaung di muka bumi Allah ini.

Antara ciri-ciri orang yang memiliki sifat taqwa, termasuklah ;


1. muraqabah : yaani sentiasa menyelidiki kekurangan diri dalam beramal saleh, merasai bahwa kita sentiasa dalam pengawasan Allah, sentiasa diperhatikan dan sentiasa dicatit setiap amalan.


2. muhasabah : yaani menghitung banyak sedikitnya amalan yang sudah dilakukan, samada ada atau tidak nilainya di sisi Allah, diterima atau tidak amalannya yang selama ini.
3. mujahadah : yaani giat dalam beramal saleh, berjuang dan berusaha menewaskan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan sia-sia, yang sentiasa menipu kita dengan topeng2 keseronokan dan kerehatan.
4. kedekut dengan pernafasan dan penglihatannya : yaani memastikan tiap kali bernafas dan melihat, mesti ada manafaat untuk agamanya. (Ya Allah, ampunilah hambaMu lalai ini.)
Taqwa yang membawa erti waspada, hati-hati dan teliti itu, sepatutnya menyebabkan kita selalu merasa tak puas hati dengan amalan kita. Kita tak syok sendiri dengan segala yang sudah kita kerjakan, dan kita tak sanggup berlebih kurang dengan dosa dan maksiat. Renungi maksud hadis ini;
Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah saw berucap kepada kami,

“…………………….Apabila saya perintahkan kamu, hendaklah kamu lakukan yang termampu daripadanya, dan apabila saya melarang kamu dari sesuatu perkara, hendaklah kamu tinggalkannya.”
(Riwayat Muslim)


Selain itu juga, kita seharusnya merasa sangat-sangat bergantung kepada Allah swt, kita mengahayati maksud takut dan harap (Khauf wa Raja’)… takut amalan kita ditolak, namun tidak bermakna meninggalkannya, kerana masih tetap berharap Allah dengan segala sifat Maha Pengasih, Penyayang dan Maha PengampunNya itu, menerima kekerdilan diri kita yang serba lemah ini. Kita juga bukanlah dari kalangan mereka yang suka atau asyik berangan-angan kosong, tertipu dengan bisikan syaitan.
sumber : meenkadir


1 comment:

  1. alhamdulillah.. perkongsian yang sangat baik. thanks for sharing..

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...