Google+ Followers

Umrah : Menjadi Tetamu Allah

Subhanallah, Alhamdullilah hujung Mei 2015 balik awal Jun 2015 saya dan suami serta rakan sekerja telah mengunjungi Turki Istanbul, Madinah dan seterusnya mengunjungi Mekah tanah haram untuk menunaikan umrah melalui Pakej Andalusia Travel pemergian saya adalah ditaja majikan.





Allahuakbar tidak sangka impian dan inginan saya untuk menunaikan umrah telah diterima Allah thank you Allah kerana menjemputku insan yang serba kekurangan menunaikan umrah. 

Ya Allah , pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah sangat2 memberi keterujaan buat insan yg lemah ini. Ternyata Madinah sangat terpelihara dari serangga2 kecil, seperti nyamuk atau semut.

Dari hotel tempat penginapan hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke masjid nabawi. Alhamdullilah saya sampai di masjid nabawi lebih kurang jam 11 malam selepas check in hotel. 

Allahuakbar indahnya masjid nabawi ini. Tiada kata dapat terucap betapa bertuahnya diri ini dapat sampai di sini, sekali lagi saya amat bersyukur kerana lebih kurang jam 12 lebih tengah malam saya di jemput untuk mengunjungi raudhah.

Setelah 3 malam di madinah saya ke mekah untuk mengerjakan umrah. Sebanyak 2 buah bas telah sampai di mekah lebih kurang jam 11.30 malam, group terus menunaikan umrah. Selesai umrah lebih kurang jam 2.30 pagi. Saya dan group terus pulang ke hotel. 

Begitulah seterusnya menunaikan kewajipan solat di masjid apabila tiba waktunya. Biasanya saya dan rakan akan ke masjid untuk solat subuh jam 2 pagi untuk tawaf sunat 7 pusingan dulu.

Alhamdullilah....jika ada keinginan untuk menunaikan umrah pasti Allah makbulkan meskipun dalam tabung haji cuma ada RM100 jer hik..hik...Ya Allah sucikanlah dosa2 kecil dan besarku terimalah umrahku..amin...


MASJID NABAWI


MAKAM RASULULLAH





TAWAF RING 2ND FLOOR


MASJIDIL HARAM





MERPATI MEKAH


TAWAF TIME

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.