Wednesday, May 8, 2024

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI CHALET SERI IDAMAN (TELUK TEMPOYAK)

Assalammualaikum....

Pada 1hb. Mei 2024 yang lepas saya sekeluarga telah berkunjung di sebuah chalet yang terletak di Teluk Tempoyak Pulau Pinang iaitu CHALET SERI IDAMAN.

Sebelum itu kena booking beberapa hari awal yer sahabat2. Tujuan menginap di sini kerana saya sekeluarga ingin menjalankan aktiviti memancing.

Masa untuk masuk adalah pada jam 3 ptg dan waktu keluar pula adalah jam 12 tengahari. Saya tiba agak lewat pada hari tersebut kerana singgah melawat Bukit Bendera (PENANG HILL) dahulu. Agak menarik suasana di Bukit Bendera, oleh kerana telah lama tidak berkunjung ke sini agak teruja juga.

 Tepat jam 4 ptg urusan check in selesai, kami menginap untuk 2 hari 1 malam. Alhamdullilah lepas hajat untuk memancing setelah sekian lama tinggalkan aktiviti tersebut.

Disebabkan kawasan chalet tersebut terletak di kawasan kampung adalah tidak menjadi masalah untuk mencari makanan dan minuman bermacam2 hidangan yang di sediakan.

Alhamdullilah selesai update blog yg lama saya tinggalkan. Insyaallah ketemu di lain posting.











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI CHALET SERI IDAMAN (TELUK TEMPOYAK)

Assalammualaikum.... Pada 1hb. Mei 2024 yang lepas saya sekeluarga telah berkunjung di sebuah chalet yang terletak di Teluk Tempoyak Pulau P...