Showing posts with label ARTIS INI AKU MINAT. Show all posts
Showing posts with label ARTIS INI AKU MINAT. Show all posts
Friday, December 13, 2013
Friday, December 7, 2012
FOTO AFIQ MUIZ
Pelakon hensem lagi tampan Afiq Muiz sudah tidak asing lagi dikalangan peminat-peminatnya, terkenal kerna drama Mimpi Cinderella.
Nama sebenar Muhammad Afiq Muiz Bin Azman Shah. Di lahirkan di Kelantan pada 1 Mei 1992. Berbakat besar dan menimba pengajian di Aswara dlm peringkat sijil seni lakon. Berdarah kacukan Pakistan dari ayah dan melayu dari ibu, patut pun hensem. Wajah cam pelakon hindustan lagi..

Thursday, December 6, 2012
FOTO BETO KUSYAIRY
Nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Bin Osman, setelah menjadi pelakon nama beliau di tukar kepada Beto Kusyairy, nama nie sedap dan saya suka. Lahir pada 19 Februari 1980.
Seorang yang berbakat besar dalam dunia lakonan tv dan
teater. Mula dikenali dalam drama Warkah Terakhir : Rosli Dhoby, Geng Surau,
Uri. Beto telah lama bergelumang dengan
dunia seni inie.
“Ketika
terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga
berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama
Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata
Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula
selalunya digunakan oleh penyanyi.
“Kata-kata itu
saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di
sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan
masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar
mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman
rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan
sebagai nama cari makan.
Tuesday, November 20, 2012
4 Foto Pierre Andre Bertabligh
Actually saya dah lama carik gambar nie terjumpak di blog HH, maaf lah kerna minat yg mendalam saya terpaksa lah buat kerja mengepaste lagi.
Nampaknya Pierre Andre dah mula bertabligh, perkembangan yang bagus dalam arena seni tanah air nampaknya. Jika semua pelakon sebegini rupa amat bagus kan. Syabas dan tahniah kepada Pierre Andre kerna membuat perubahan dan berusaha menyampaikan apa yang patut.




gambar sumber : HH
Monday, November 19, 2012
17 Again - Zac Efron
Yesterday Night layan movie 17 Again di TV2. Tiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saya tak akan lepaskan peluang menonton movie2 yang hebat di TV. 17 Again saya tak pernah tengok pun movie nie, sehinggalah semalam di TV2. Wah hero pelakon ini Zac Efron sangatlah hensemnya, bila tgk wajah Zac saya jadi tertarik untuk menyaksikan movie nie. So kat sini maaflah saya nak letakkan gambar2 Zac Efron sebab saya sangat minat kat Zac Efron.
Seorang pemain bola keranjang yang hebat
Istanbul Aku Datang Beto Memang Best

17 November 2012 aku dan anak2 pergi menonton wayang at GSC Amanjaya Mall (Mall baru kat Sungai Petani ni) cerita nya Istanbul Aku Datang. Apa yang aku suka tentang cerita ini ialah pelakon2 yang melakonkan watak dlm cerita ini semua aku minat dan hebat-hebat belaka. Lisa & Beto fuhh mantap lah lakonan korang.

Sedikit Jalan Cerita Untuk Di Kongsi Bersama : -
Dian seorang blogger yang aktif. Sentiasa update blog tentang persekitaran dan well boyfriend lah. Dian pergi ke Istanbul untuk well study dan harapan penuh dan satu ialah untuk bertemu kekasih hatinya yess Azad. Dian terpaksalah menumpang di rumah Azad. Kerna Dian tak bercadang pun nak menyewa kat rumah sewaan lain. Apatah lagi Dian masih baru kat Istanbul nie. Dian seorang gadis yang berdikari, mampu menyelesaikan masalah sendirian.
Dian tinggal bersama Azad, tanpa di duga Dian, Azad menyuruhnya mencari rumah sewaan yg lain, dengan alasan, tak manislah katakan. Dian berusaha keras mencari rumah sewaan, tanpa di duga oleh Dian dia ketemu Cihan, lelaki yg pertama sekali Dian bertemu setelah sampai di Istanbul. Cihan menyewa kan apartment yg di katakan milik daddy nya kepada Dian. Dian amat2 lah gembira sekali. Tanpa di duga ingat panas sampai ke petang rupanya mendung di tengah hari, Dian terkejut dia telah di tipu oleh Cihan, now Dian terpaksa berbumbung dengan seorang lelaki misteri iaitu Harris lah pulak, nasib baiklah lelaki itu orang malaysia jugak.
So bermulalah jalan cerita panas sejuk dan suam kuku, gaduh baik perang mulut. Nak dijadikan ceritanya Azad terkejut tergempar ingin melawat apartment sewaan Dian, Dian terpaksa mencari berbagai2 alasan untuk tidak menemukan Azad dan Harris. Akhirnya apa yg Dian tutupi terbuka terbongkang, Azad bertentangan mata dengan Harris aduih kesian sekali pada Dian. Dimarahi dimakii oleh Azad (cemburu la tue), Harris jatuh kesian pada Dian dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Harris ketemu Azad pergaduhan berlaku. Terbongkar Azad dan punya kekasih di Istanbul. Kecewanya Dian tak terkata. Harris lah yg menjadi tempat mengadu dan bermanja.
Akhirnya Azad menyesal dan melamar Dian. Antara mahu dan tidak Dian mengikut kemahuan dan lamaran Azad. Kasihannya pada jejaka romantik dan tampan Harris, terpaksa menerima kenyataan kekasih di ambil orang. Rupanya manis masih ada, pujukan demi pujukan dari Harris berjaya menambat hati Dian, Lastly Dian dan Harris bersama.
Wow romantiknya setelah Beto muncul jalan cerita ini makin best dan menarik sekali.
Actually aku memang minat pada Lisa sebab lakonan beliau menjadilah sesangat.
Beto Kusyairy wah aku minat sangat lakonan beliau, lakonan yang bersahaja tetapi menusup ke hati ku romantik sungguh lakonan Beto nie. Pengarah tak silaplah memilih pelakon. Beto nampaknya amat berpengalaman dalam berlakon. Syabas.

Wajah tampan seorang pelakon yang hebat
Oleh sebab aku minat kat Beto nie aku nak letak banyak2 gambar beliau


Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi Miang Kham
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...
-
Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS | Cara terbaik adalah melembutkan hat...
-
Jom up follower sepantas kilat. Klik sini untuk join.. ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '
-
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...










