Monday, October 8, 2012

Anemia - Gagal Derma Darah



7 Oktober 2012 aku ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menderma darah. Kejadian tidak di ingini berlaku, aku gagal untuk menderma darah, kerana paras HB aku terlalu rendah. 

Aduh kecewa sangat terasa. Dua kali ujian dibuat keputusan masih tetap sama. Doktor yang bertugas menyarankan aku makan makanan yang boleh menambahkan darah dan mampu memekatkan darah aku semula. 


Aku diminta untuk datang semula pada minggu hadapan. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau apa itu anemia dan kesan2 nya terhadap badan. Google punya google nak cari sebab dan nak di kongsikan bersama2 disini.

ANEMIA

Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antara punca anemia utama ialah:-

- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid



ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI


Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran ata dalaman,
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid,
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C,
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet



ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C


Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.


ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.


APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?

Anemia boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.


Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan




12 comments:

  1. gd info tks share ye

    ReplyDelete
  2. INFO YG MENARIK .. KALO G DGN SEMANGAT BERKOBAR2 TP LAST2 XDPT .. MEMG SEDIH GILER KAN ..

    ReplyDelete
  3. mkn byk2 nye mknan bkhasiat ni..bahaya anemia ni

    ReplyDelete
  4. Makan buah delima merah 1 biji..lepas tu kau pergi test..sure Ok..

    ReplyDelete
  5. Salam asmar..

    Urm..lana pernah ada masalah ni masa form 5..rasanya sebab nak spm ko..sikit stress,hehehe.

    Gi farmasi, diorg galakkan amik vitamin B+C..mcm yg asmar tulis kt entry ni.

    Memang elok pun ambik, lana amalkan smpai habis pengajian, mmg membantu..tak mudah penat :)

    ReplyDelete
  6. Info yang menarik untuk dikongsikan .nampaknya mesti makan makanan yang berzat, kalau nak derma darah.

    ReplyDelete
  7. Cik putih pun pernah kene cam nie. semangat nak derma darah tp bila dah p check2 xdpt. nurse suruh dtng blik. lagi skali p xbleh jugak. nurse suruh makan dulu la. Ada bg bbrp jenis ubat.

    ReplyDelete
  8. Salam..saya dah review blog Asmar
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/10/hanif-idrus-review-blogger-asmar-arafat.html
    Jangan marah ngan review..hehehhe

    ReplyDelete
  9. sumber zat besi ap ea?

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...