Kejadian dan kisah ini saya terima dari email seorang teman di sekadar ingin berkongsi kisah yang berlaku dengan semua pembaca, peringatan ini penting dan amat harus saya kongsikan bersama-sama anda. Kerana saya jua pernah mengalami kejadian ini di depan mata saya. Marilah kita renungkan bersama-sama.
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar rakan saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami
jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak dia akan mengajak isterinya
pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menyusuri
lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk
dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)
manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu
barangkali). Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami
tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di
Petronas yang ada di R&R berkenaan.
Sejurus parking kereta di dalam
kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari
kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur.
Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan
tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-cond
masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang
meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat
seketika.
Pada
ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina
menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang
sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat
itu.
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari
isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri
menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di
depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia
diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru
mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula
dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah
mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong
kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi
tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari
tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil
telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami
melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya
dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui
menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya
kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu
talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk
membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil
membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia
diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh
jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya. Sejurus melepasi tol,
suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si
isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang
dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya
cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak
yang cuba
dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang
diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan
jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak
dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru
mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan
isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah
menimpa ahli keluarga rakan saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :-
PERINGATAN TAMBAHAN
1. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) /
lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku
kecurian ;
2. kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang
tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan ;
3. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling
sebelum keluar daripada kenderaan;
4. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta.
Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di
dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal
=> secara prinsipnya biar kita
hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari
kenderaan sekiranya dicuri);
5. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di
dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan;
6. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu.
Faktor utama ialah “keselamatan”;
7. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada
kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita ;
8. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak
diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code;
9. Tindakan terjun
daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir
sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan);
Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca
sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din) Semoga kita
dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang
perjalanan….Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini
(11.30 malam : R&R Simpang Renggam)
SubhanaAllah takutnya..dah lah nak pergi Perak, nak ambil barang sebab nak cuti sem. Takutnya..tapi kalau ayah bawa kereta tak suka berhenti2.
ReplyDeleteok..
ReplyDeleteoh yg nie..ada baca nie..memang kne berjaga2 tau selalu
ReplyDeletebetui nie..kena hati dan beringat selalu. thnks.
ReplyDeleteadui takutnya... nasib je.. selamat ..
ReplyDeletekdg2 takut bawa motor sorang2
tq share ye, ada baca juga diblog kawan
ReplyDelete