Sudah
sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang
merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori
yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan
piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya
mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar
Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik
yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina
piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk
membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk
batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai
Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran
telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan.
Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ
إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku,
aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku
TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat
naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari
orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum
menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza , dibuat dari dua jenis batuan yang
terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil
dari olahan tanah liat.
Artikel
kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society”
menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen
yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk
mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun
menggunakan batu semula jadi.
Lumpur
tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam
dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.
Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding
piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki
tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding
piramid. Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Profesor
Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan
analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.
Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama
ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk
membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium , Guy
Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di
puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan
penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang
terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil
kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu
lama terhadap piramid Bosnia ,
“Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah
liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil
kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu
lama terhadap piramid Bosnia ,
“Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah
liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari
tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang
berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti
dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa,
patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman
dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang
mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun
Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi
ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah
mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw
ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang
mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa
Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi
kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad
saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun
membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk
membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya
melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan
menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang
memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini
menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
sumber : hasnulhadiahmad.com
Kebenran Al Quaran mengungkai segala rahsi alam ini
ReplyDelete