Anda pernah bermimpi? mimpi ini memang mainan tidur kan!!, kerna bila bermimpi kita dalam keadaan tidur, tetapi adakalanya mimpi itu seakan2 betul2 dan benar2 terjadi, takut, gentar dan gelisah dengan mimpi2 yang terjadi. Aku terkait untuk mengaitkan mimpi hari ini kerna aku terlalu kagum ketika aku di buai mimpi, apa pun kita boleh lakukan di dalam mimpi. Aku suka bermimpi, anda bagaimana sukakah bermimpi, tetapi hakikatnya mimpi mempunyai seribu ke anehan kan, bagi diriku, aku suka bermimpi, kepuasan ku temui ketika bangun dari tidur, tidur tanpa mimpi terlalu sunyi ku rasakan. Terima Kasih Allah.
Apa itu mimpi?
Mimpi ialah sebuah khayalan
dan pandangan yang wujud dalam minda kita semasa kita tidur. Dalam dunia ini
tiada seorang manusia yang dapat mengelakkan dirinya daripada bermimpi. Manusia
akan mula bermimpi dari zaman kanak-kanak lagi. Sesiapa yang ada
anak-anak kecil boleh lihat mereka ketawa, menangis, berbual, bergerak atau
bertindak dalam tidur. Aktiviti-aktiviti ini adalah tindak balas daripada mimpi
yang dilihat kanak-kanak tersebut.
Kenapa kita bermimpi?
Seorang manusia akan
bermimpi kerana banyak perkara iaitu tindak balas minda di atas masalah
peribadi, tekanan kehidupan, tekanan pekerjaan, penat, keinginan atau kehendak,
peristiwa silam, pandangan yang dilihat roh semasa tidur, pesanan dari minda
dalam “Internal Mind”, pesanan dari alam roh, pesanan dari alam semula jadi, pesanan
yang dihantar manusia lain, pesanan yang dihantar oleh Tuhan dan sebagainya.
Mimpi kerana nafsu
Kebanyakan mimpi yang kita
lihat; diwujudkan oleh minda kita untuk memuaskan hati kita sendiri. Contohnya:
Mimpi seperti kita membeli sesuatu, menggunakan sesuatu barang yang diingini,
mengadakan hubungan seks, memandu kereta mewah, menghuni rumah banglo dan
sebagainya. Mimpi-mimpi sebegini berpunca dari cita-cita dan keinginan kita
yang belum menjadi kenyataan.
Mimpi-mimpi ini adalah tindak
balas dari perasaan dan keinginan yang terpendam dalam hati kita sekian lama.
Apabila wujudnya sebuah situasi yang sesuai “Internal Mind” kita akan
menyebabkan kita bermimpi bahawa keinginan kita telah tercapai untuk memuaskan
nafsu dan menenangkan minda kita. Mimpi-mimpi sebegini juga akan wujud sebagai
tindak balas terhadap cita-cita, duka cita, gembira atau perasaan lain yang
terpendam dalam hati dan minda kita.
Mimpi dari alam roh
Tempat, peristiwa dan
orang-orang baru yang kita lihat dalam mimpi adalah sebuah peristiwa yang
sedang di lihat oleh roh kita yang keluar dari badan kita semasa tidur “Astral
Projection”. Peristiwa yang berlaku dalam mimpi sebegini akan berulang atau
akan menjadi kenyataan pada kebanyakan masa. Tempat-tempat itu akan kita
kunjungi suatu hari nanti dan akan bertemu dengan orang yang kita lihat dalam
mimpi sebegini.
Anda mungkin ada pengalaman
seperti ini. “Apabila anda pergi ke sesuatu tempat anda terasa seperti pernah
kunjungi tempat tersebut dan apabila bertemu dengan seseorang anda akan terasa
seperti pernah bertemu dengan orang tersebut sebelumnya”. Perasaan seperti ini
wujud kerana roh kita telah sampai ke tempat tersebut sebelum ini dan roh kita
telah bertemu dengan orang atau roh orang tersebut semasa keluar dari badan
“Astral Projection”. Pertemuan itu mungkin berlaku di dunia ini atau di dunia
roh.
Berita dan pesanan
Setiap manusia akan menerima
mimpi yang memberi amaran, panduan, arahan dan mimpi yang membawa pesanan.
Mimpi-mimpi seperti ini wujud kerana minda dalam “Internal Mind” kita
menerangkan kepada kita amaran, panduan, arahan dan pesanan yang diterimanya
dalam bentuk gambaran. Amaran, panduan, arahan dan pesanan seperti ini diterima
dari alam semula jadi, alam roh, manusia lain, makhluk halus dan Tuhan.
Keterangan Mimpi
Kebanyakan masa minda kita
tidak akan tenang semasa tidur. Kita sering akan fikirkan masalah dan tekanan
kehidupan semasa tidur, walau pun otak kita tidak fikirkan masalah tersebut,
minda kita tetap akan berfikir tentangnya tetapi kita tidak akan menyedarinya.
Jadi mimpi yang kita lihat dalam jangka masa yang singkat dari mula tidur
hanyalah tindak balas dari tekanan kehidupan, mimpi sebegini tidak perlu
dipandang serius dan tidak akan membawa sebarang maksud bagi kita.
Mimpi yang bermaksud atau
mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan wujud dalam lingkungan 4
hingga 6 pagi. Mimpi yang wujud dalam masa-masa lain tidak perlu diberi
perhatian atau kepentingan. Apabila kita menerima sebuah mimpi yang membawa
maksud, biasanya mimpi tersebut akan berulang untuk beberapa hari.
Apabila kita menerima
mimpi-mimpi yang ada maksudnya, kita tidak akan melupakan mimpi tersebut
apabila bangun pagi dan hati kita akan mengulangi bayangan mimpi tersebut. Jika
kita terlupa sesuatu mimpi setelah bangun pagi kita perlu risau; kerana ia
hanya mimpi kerana tekanan hidup
Petikan dari: Rahsia Alam. com
orang cakap kalau kite tido dan bermimpi adela tidak lena , kalau kite tido ta termimpi ade la lena dan akan rase segar bila bangun :)
ReplyDeleteTapi itulah, mimpi tu mainan tidur.
ReplyDeleteBtw, Mieya singgah sambil klik iklan nuffnang dari British council education :)
Mieya thanks na...
ReplyDeleteselalu mimpi ..tp bila bgn pg dah lupa jln cerita mimpi tue. hehehh
ReplyDeletetq share, but paling takut kalau mimpi2 itu jadi kenyataan
ReplyDelete