Tuesday, October 23, 2012

Kenapa Mesti Marah?


Perasaan marah mungkin timbul kerna hati tidak tenteram atau rungsing. Rata2 orang pada hari ini marah tidak menentu, pantang silap sikit nak marah. Faktor terbesar timbul perasaan marah ialah masalah kewangan, tidak berkahwin, tiada anak dan macam2 lagi. Masalahnya sekarang perasaan marah itu tidak boleh di kekang. Mengapa dan kenapa amat susah sekali untuk buang perasaan marah itu. Saya sendiri bersifat pemarah, usaha demi usaha harus di lakukan demi untuk membuang perasaan marah ini. Kata orang marah ni salah satu penyakit mental !! betul ker?? .

Kepada yang sudi dan ada petua untuk kekangkan perasaan marah ini bolehlah berikan saya. Disini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi info tentang marah yg saya perolehi dari sebuah blog.


Kenapa Mesti Marah?

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Jika kita tidak bersalah atau melakukan perkara yang telah dituduh kenapa perlu kita marah, sebaliknya kita perlu membincangkan & menerangkannya dengan sebaik mungkin.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim )kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?


Marahnya Rasulullah Shollallahu allaihi wassalam

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya.“Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”


Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudain orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: “Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

sumber : Blog Maya

7 comments:

  1. baik.....really need this entry right now!

    ReplyDelete
  2. gd sharing, kdg2 memang x terkawal marah tu

    ReplyDelete
  3. semoga sifat mara dalam diri ini akan berkurang dengan info ini , thanks

    ReplyDelete
  4. jangan marah2..marah tue hasutan syaitan... kalau tak thn marah sangat amik wuduk.. apa pun thanks 4 this info.

    ReplyDelete
  5. Mizs, Nur Fara, KA, Pak Joe dan Mrs Eady, Thanks..

    ReplyDelete
  6. Cepat marah ini ikut usia..kalau masa muda memang cepat panas..lama-lama dia cool sendiri mengikut usia..
    That life..kita manusia..
    Cuma jangan kita menjadikan marah hingga dihasut syaitan dah ler..hahahhaha

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...