Sekadar info buat semua dan diri saya sendiri.
Pasti anda sering tersalah ambil atau tidak dapat membezakan air minuman (air
suling) dan air mineral jika mahu membeli air.
Perbezaan yang mungkin
anda tahu adalah harganya dimana air mineral lebih mahal berbanding air minuman
biasa. Namun tidak ramai yang peduli dengan harga.
Namun, setelah anda
minum, pasti anda akan mengatakan air yang anda minum rasanya lain, dan ada
kalanya jika anda membeli air minuman jenama lain pula akan rasa lain pula.
Tidak tahu mengapa? Ikuti beberapa info singkat yang menarik untuk
menghuraikan persoalan perbezaan air minuman dan juga mineral semula jadi.
Air Minuman (Suling)
Rasanya lebih payau dan kelat.
Manakala penutupnya akan hadir di dalam warna putih sahaja. Jika anda memilih
air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan
tidak tertulis "air minuman". Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang
lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling.
Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan
air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang.
Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi.
Air Mineral semula jadi
Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup
botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada
tertera tulisan "Air Mineral". Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih
mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk
membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral
ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses
penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.
sumber : Yahoo
air minuman penutup botol berwarna... tak semestinya biru... kalau spritzer penutupnya warna hijau... hehehe...
ReplyDeleteOh yer ker, biasanya saya bli warna putih dan biru sahaja, tq
ReplyDelete