picture by : http://7chakra.com/reiki/category/aura
Kadangkala
dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit.
Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia hanya tidak
perasan,
Allah sedang memberikan kepadaNya
titik perhentian untuk bermuhasabah.
Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.
Nikmat Peringatan
Kita perlu
sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia
adalah pelupa. Ada
antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita
kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya
itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu
kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material
lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai
bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala
kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat
sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak
sepatutnya kita buat semasa kita sihat.
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit
tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu
menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik
kepada kita:
“Sesungguhnya Aku
mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Maka wajiblah kita
memperingatkan diri
Allah SWT berfirman:
“Demi Sesungguhnya , Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada
mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat
155.
“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji,
pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap
juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.
“Alangkah baiknya kalau mereka
berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka
ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat
43.
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang
menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami
menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan,
bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan
apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada
pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang
takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.
Tiadalah
sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita,
melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke
arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit adalah
petanda bahawa kita adalah manusia.
Ya, manusia
yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan
kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita
hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa –
Allah SWT.
Penutup: Maka bersyukurlah atas
nikmat ini
Jangan dicela
sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita
ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah
peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda
sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu
satu kemuliaan?
Tetapi
bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Namun Allah
SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan
yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari
perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan
sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
MasyaAllah…
sudahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga
kesihatan, buat makar, buat onar, dll – tetapi Allah ampunkan sebahagian besar
dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Bukankah kita
sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu
sia-sia.
sumber:http://langitilahi.com/7780
sumber:http://langitilahi.com/7780
SETUJU..=)
ReplyDeleteBetul..kadang2 kita perlu menggali hikmah disebalik musibah..
ReplyDeletebetul tu...
ReplyDeleteteringat pula 5 perkara yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan raihan tu..
sihat sebelum sakit..