Wednesday, October 10, 2012

Tips Menjaga Kuku Agar Tampak Cantik

Menjaga kuku supaya sentiasa sihat dan kelihatan cantik adalah merupakan sebahagian rutin harian kaum wanita pada abad ini. Tetapi ada juga wanita yang mengabaikan penampilan kuku mereka, lantaran malas atau tidak terlalu penting.

 
 
Yang penting adalah bagaimana menjaga kebersihan kuku, supaya meskipun anda tidak terlalu menfokuskan penampilan kuku, tapi kebersihan tetap terjaga. Kebersihan kuku sangatlah penting bagi kita, selain untuk menjaga keindahan tangan dan kaki, juga dapat menjaga kesihatan. Kuku lemah, selalunya disebabnya oleh keturunan dan penyakit. Kuku harus sentiasa dijaga bersih, kering dan pendek.

Sapu kuku dengan losyen atau minyak pelembap pada setiap malam sebelum tidur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat. Kuku seharusnya dipotong pendek dan serata supaya tidak mudah terkait kepada kain atau benda yang mengakibatkan kuku patah.
 
Pakai sarung tangan sekiranya melakukan pekerjaan yang menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mencuci lantai atau berkebun.

Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun tangan . Pastikan disetiap bahagian dalam kuku terkena sabun untuk menghilangkan kuman. Kemudian barulah dibilas dengan air sebersih-bersihnya. Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam. Elakkan juga tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku anda.
 
sumber : yahoo


3 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...