Friday, November 2, 2012

19 Tips Amalan Sogeh, Amalan Kekayaan Islam Turun Temurun



Disini saya ingin berkongsi amalan kesogehan yang mudah untuk diamalkan oleh kita. Amalan Sogeh ini di petik dari buku Chef Li iaitu "Petunjuk Ke Jalan Kekayaan". Semoga perkongsian ini mampu dan dapat mengubah hala tujuan hidup kita : insyaAllah.

Berikut adalah 19 tips amalan sogeh untuk anda :

1. Minta restu mak bapak dan minta ampun

2. Lakukan satu perniagaan dalam satu masa

3. Catat aktiviti harian

4. Rajin solat, solat malam dan dhuha

5. Banyakkan berfikir dan berzikir

6. Bersedekah dari pelbagai segi

7. Bantu umat Islam berniaga

8. Elakkan daripada bergaul dengan penggemar maksiat, pemalas dan peniaga yang tidak suka mengamalkan amalan bisnes murni

9. Rapatkan diri dengan orang soleh dan rajin

10. Bayar zakat

11. Kurangkan tidur, perbanyakkan ibadat

12. Bersaing dan cabar diri sendiri setiap hari

13. Berfikiran besar dan sentiasa yakin

14. Gunakan 'Parkinson Law' setiap hari (letakkan jangka masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan)

15. Niat dan berterima kasih kepada Allah S.W.T sebelum tidur

16. Tenang

17. Nabi Muhammad S.A.W sebagai "Ikon"

18. Niat "Ya Allah, Ya Muhammad. Engkau permudahkanlah tindakanku ini" setiap kali mahu melakukan sesuatu

19. Doa sebagai senjata motivasi dan yakin terhadap doa. Minta perkenankan segera kerana kita tidak tahu sama ada kita akan hidup esok hari.

Semoga kita semua dapat menerapkan amalan kesogehan ini setiap hari. Moga ia dapat memberi manfaat.

sumber : Mohd Adha

3 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...