Amanpura Hotel
1 November 2012 saya mengikuti seminar keusahawanan ke arah jutawan yang senyap. Antara isi kandungan seminar ialah peserta di ajar untuk memulakan perniagaan sendiri, diajar tentang perniagaan urutan stimulatherapy dan berniaga secara berendah diri seminar ini diadakan di Hotel Amanpura Sungai Petani, saya di invite oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah untuk mengikuti seminar ini secara percuma.
Peserta diberi keutamaan untuk mencari perniagaan yang orang cina buat, kerana bila orang cina berniaga perniagaan itu pasti yang membawa keuntungan. Cuba tengok perniagaan yang orang cina tak buat pasti tak menjadi kan. Okaylah saya di sini untuk berkongsi sedikit sebanyak apa itu urutan stimulatherapy, kursus urutan ini pun diadakan selama 6 bulan, tetapi kos untuk kursus ini agak boleh tahan jugak RM5000 ++.
URUTAN STIMULATHERAPY adalah sejenis terapi
rangsangan ke atas 14
saluran dan 395 titik tenaga pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan Yin Yang.
Konsep asas Stimulatherapy adalah untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan
melalui keseimbangan pengaliran tenaga kepada organ-organ penting dalam tubuh
seperti peparu, jantung, limpa, hati, ginjal dan sebagainya.
Tubuh kita
dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai satu keupayaan yang ramai orang tidak
sedar dan jarang disyukuri iaitu keupayaan untuk mengubati dirinya
sendiri secara semula jadi. Contoh paling jelas adalah apabila kita luka. Luka tersebut
akan sembuh secara sendiri selepas diberikan rawatan yang bersesuaian dengan
izin Allah S.W.T. Begitulah halnya jika kita mengidap penyakit-penyakit
tertentu.
Ubat
sebenar bagi apa jua penyakit adalah keupayaan tubuh untuk mengubati dirinya
sendiri secara semula jadi.
Stimulatherapy menekankan bahawa
sesuatu penyakit berlaku apabila aliran tenaga pada 14 saluran utama terhalang
pada titik-titik tertentu. Ini menyebabkan aliran tenaga yang tidak seimbang
mengalir pada organ-organ penting dalam tubuh. Hal ini jika dibiarkan
berterusan, boleh menyebabkan sesuatu organ itu hilang fungsi. Proses ini
akan melalui empat peringkat di mana setiap peringkat mempunyai tanda amaran
atau simtom tertentu.
Melalui
rangsangan ke atas 14
saluran dan 395 titik tenaga pada tubuh, Insyallah, Stimulatherapy akan
membantu mengembalikan keupayaan semula jadi tubuh untuk mengubati dirinya
sendiri.
info sumber : syafia
tq share ye
ReplyDeleteAs Salam.
ReplyDeleteTenaga pengajar kursus stimulaterapy ni dari jabatan pembangunan wanita negeri kedah jgk ke?
kalau tak salah saya tenaga kursus tu dari Kuala Lumpur..
Deletesalam.saya pn ada pi kusus sehari tu kt a.staq awai bln ni..kak rs cmna progrm stimulatherapy tu..kusus tu tgh brjln skrg ni..mohon pandangan..
ReplyDeletekursus nie memang bagus untuk menambahkan pendapatan, sebab teknik stimula nie telah banyak membaik pulih banyak kesakitan, saya tak sempat lagi nak berkursus, In Sya Allah jika ada peluang saya akan ikut kursus nie, memang minat sangat..
Delete