Apa punca selesema?
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca
dari pelbagai jenis virus. Selalunya ia merebak apabila seseorang yang
menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk
dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan,
jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung
anda. Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka
dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.
Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?
Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi
selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 101 darjah F
/ 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda
juga akan meragam dan hilang selera makan. Bayi-bayi di bawah usia enam bulan
tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan
mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi
untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu
membantu mengeluarkan mukus mereka.
Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali
minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali
pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga
dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.
Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari,
walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua
minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan
menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka
sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.
Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda
sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan
keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit,
penyakit itu ringan sahaja.
Anda juga boleh cuba
melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan
meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum
menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.
Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi
anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan
menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding
bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia
kurang dari tiga bulan. Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika selesema
berlarutan lebih dari lima
hari; jika suhu anak anda melebihi 102 darjah F / 39 darjah C; atau jika dia
mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan, atau mengeluarkan mukus
hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.
Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan
memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan
yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair
parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat
selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika
umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai
selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang
tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu,
terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:
• Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan
tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus.
Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan
bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
• Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah
hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli
petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika
bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda
mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung
setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli
penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung
bayi.
• Cuba
gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke
bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan
duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar
pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
• Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain,
periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing.
Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.
Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi
selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan
jika ia dijangkiti lagi.
sumber : babycenter
saya selalu kena selsema dulu tapi saya bukan baby..hehe..kena sebab jangkitan virus selsema dari roomate saya..jadi kalau dia demam, saya pun demam juga.
ReplyDeletetak sggp nk tgk klu bb kene selsema.
ReplyDeletesaya pun tak sanggup bila anak2 selesema
ReplyDeleteskrg cuaca tak mnentu..slalu sgt dpt selsema..
ReplyDeleteGet Well Soon !!!
ReplyDeleteKadang2 musim , Kadang2 cuaca , Kadang2 antibodi lemah boleh berjangkit surrounding . Take more Vitamin.
tq share info ye
ReplyDeleteMakan limau sunkiss bnyk2.
ReplyDeleteInformasi yang baik..
ReplyDeleteAku dah ada 2 anak, so dah faham betapa susahnya kalu baby demam sebab yang dia tahu nangis..kita yang panik..heheheheh
Header baru ker tu!!
bagus la dia ni.. nice shared
ReplyDelete