Hari ini bila percubaan pertama sign in ke blogger sedikit opss terkejut sebab blogger dah secara automatik menukar dashboard kepada new blogger interface. Tercarik2 la old blogger dashboard tapi tak dak oh tidakkkk. Tapi tak pe lah selepas godek sana godek sini dah sedikit mendapat kepandaian daripada new look ini. So skarang dah suka pulak dengan new blogger interface ni. Hebat la pulak nampak...best 8 kali..
Thursday, September 20, 2012
Planet Marikh Menukar Haluannya
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Baca lagi -> http:// www.harian-metro-online.com/ nasa-mengeluarkan-kenyataan-mat ahari-akan-terbit-dari-barat
Rasulullah bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)
Rencana Apakah Ini
Ya Allah kenape ni, kenape aku tak dak duit ni?.
Aku heran la kenape bila ada duit jer mesti ada jer jalan untuk duit tu keluaq.
Di mana salahnya camna nak bagi duit bertambah atau melekat kat aku ni.
Adoi Ya Allah tolong lah aku, bagi la aku duit. Atau tunjukkan lah jalan untuk ku perolehi duit.

Oh rencana apa ini Ya Allah, adakah aku bersalah dalam pertemuan kita ini.
Maaf...tunjukkan aku ruang untuk meleburkan rasa bersalah ini.
Aku sepatutnya tunduk syukur kerna perut ku tidak pernah kosong dengan makanan meskipun aku tak punya what call this money...
Ya Allah aku akan tetap terus dan menerus bersedia menerima setiap detik ujian mu untukku.
Dengan jalan sabar saja mampu untuk ku menepis gugup di hati.
Maaf jika aku sentiasa tidak mengsyukuri nikmatmu.
Tapi kekosongan ini sesangat terasa adehhh..
Oh tidak...
Okay never give up..go over, go under, go aroundm or go through.
But never give up.
Bangun...
Bersedia....
Pantas...
Hentak Kepala Ketua Pengawas
| SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan. |
Lagi kes gaduh, hari2 gaduh heran2...
PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.
Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.
“Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.
“Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu,” katanya.
Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.
Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.
“Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.
“Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi Miang Kham
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...
-
Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS | Cara terbaik adalah melembutkan hat...
-
Jom up follower sepantas kilat. Klik sini untuk join.. ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '
-
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...

