Thursday, January 17, 2013

Air Berkarbonat Jejas Kesihatan

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa minuman berkarbonat ini tidak baik untuk kesihatan namun masih ramai di kalangan kita yang gemar meminum minuman berkarbonat ini.

Walaupun bahan asasnya ialah air, ia mengandungi banyak gula iaitu sehingga 10 sudu teh dalam satu tin yang mempunyai kandungan sebanyak 250 milimeter.
Untuk memberi rasa, ia diberikan pelbagai perisa seperti limau, vanila, oren dan kadangkala dicampur sedikit pewarna. Kemudian gas karbon dioksida dimasukkan supaya ia berbuih. Ada juga minuman berkarbonat yang mengandungi kafein yang tidak elok untuk kesihatan.

Satu penyelidikan yang dijalankan di Akedemi Neurologi Amerika mendapati individu yang minum sekurang-kurangnya empat hidangan air manis berisiko tinggi mengalami kemurungan.

Kesan kepada kanak-kanak pula adalah ia akan membuat mereka ketagih gula.
Jadi, jika anda haus atau dahaga, minumlah air masak kerana ianya adalah minuman terbaik untuk badan dan otak anda.



3 comments:

  1. nice sharing..tau tak elok untuk kesihatan tapi yang tue la kita suka kan :)

    ReplyDelete
  2. ramai yg tahu,tapi still ada yg jual. tokey kedai pn tahu, tapi jual. sbb duit. duit buatkan manusia lupa segalanya.

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...