Tuesday, October 18, 2011

CARA MENINGKATKAN TRAFIK KE BLOG



Trafik merupakan sesuatu yang penting bagi seorang blogger… Ini kerana semakin tinggi trafik sesebuah blog semakin tinggi pendapatan yang dapat dikumpulkan… Bagi mereka yang baru bermula memang susah untuk mendapatkan trafik… Oleh itu mereka perlu berusaha gigh untuk mendapatkan trafik yang berkualiti… Bagi mereka yang baru mungkin tidak tahu macam mana untuk mendapatkan trafik yang berkualiti… Oleh itu tips yang akan dikongsikan ini dapat di manfaatkan supaya kita sama-sama dapat menjana pendapatan melalui berbloging…

1) Menulis entry – kalau boleh setiap hari ada la entry baru supaya pengunjung tak bosan dgn blog anda. Setiap hari ada benda baru utk dibaca dan setiap tulisan biarlah yg berkualiti, jgn “copy n paste” saja. Biar blog kita ada identiti tersendiri…

2) Design dan layout mesti cantik – biar lah blog kita simple tapi menarik… Jgn letak byk sgt widget smpai jadi semak dann blog akan jadi berat utk keluar.

3) Cuba adakan identiti sendiri – nama domain yang mudah dan senang di ingat akan membuatkan pengunjung tak kan lupa untuk singgah lagi.

4) Letaklah gambar –  jangan lupa kdg2 orang akan search Google @ Yahoo! untuk cari gambar… Kalau blog kita ada gambar, maka peluang utk muncul pada laman web Google dan yahoo! lebih tinggi…

5) Balas setiap komen yg diberi – tak kira la dkat ShoutBox @ komen pd entry, balaslah kerana pengunjung akan rasa lebih dihargai… Ini membuatkan ada komunikasi antara blogger dgn pengunjung…

6) Tumpukan pada stat – cuba tgk stat kita, apa keyword yg slalu pelawat guna utk cari entry2 dalam blog kita… Jadi kita akan dapat tau apa yg pelawat suka and tak suka. Jadi bykkanlah entry yg pelawat suka…

7) Tanya soalan – untuk mendapat byk komen or respon dari pengguna, sebelum akhiri entry kita, tanyalah soalan kpd pengunjung kita… Ini membuat pelawat rasa lebih dekat dgn blogger…

8) Banyakkan komen pada blog lain – komen pada blog lain akan buatkan kita lebih dikenali dikalangan blogger2… Cara ini juga mengeratkan silaturrahim antara blogger…

9) Hantar URL sendiri – tau tak u all boleh antar URL u all ke Google -> Submit Google atau ke Yahoo! -> Submit Yahoo! Ini membuat Google and Yahoo tahu ttg kewujudan blog u all…

10) Jangan sombong – blogger2 baru janganlah sombong @ malu bertanya kepada blogger2 lama… Binalah hubungan dengan blogger baru dan lama… Banyak ilmu bleh dapat kalo rajin bertanya…

11) Buat link ke entry lama – guna Linkwithin pun dah cukup untuk buat link ke entry lama, pengunjung dapat tau apa topik2 menarik yg terdahulu…

12) Baca and edit – bila u all dah post entry, cuba baca balik kalau2 ada kesalahan2 ejaan ke or fakta yang boleh dibetulkan… Ini utk membuatkan entry tu lebih berkualiti…

13) Buat contest (pertandingan) – tak kira la pertandingan apa pun asalkan pelawat2 dapat sesuatu dari pertandigan tu yer… tak kisah la hadiah mahal or murah yang penting dapat kenal satu sama lain…

14) Buat pertukaran link – buat pertukaran link dgn blog2 lain, ini boleh diletakan pada sidebar or mana2 pun tak kisah… Kalo link u all diletakkan pada blog yg dah popular ini pasti kan membantu…

15) Guna Feedburner -  dgn Feedburner pelawat bleh dapat tau entry2 baru kita dalam email diorang, tapi tak tau la ada lagi ka guna cara nie sb mcm akan semakkan email lak…

16) Tolong menolong – kalo u all dah tersenarai sebagai blogger lama, jgn la kedekut ilmu utk kongsi apa2 yang u all tau… Walaupon sikit ja u all ajar, mesti orang ingat smpai bila2…

17) Buat lebih dari 1 blog – kalo u all ada masa byk, buat lah byk blog and u all boleh link kan blog2 u all…

18) Guna laman sosial – byk laman sosial yg u all bleh guna utk popularkan blog contohnya Facebook, Myspace, Twitter, Friendster… Semua tu boleh buatkan blog kita dikenali ramai dalam waktu yg singkat…

19) Sertai forum – byk forum2 yg bleh korang sertai kat Malaysia nie contohnya Gempak, Jiwang dan u all dapat kongsi blog u all kat sana… TAPI patuhi la undang2 kat forum tue, jgn tak pasal2 u all kena buang pulak…

20) Letak signature – kalau u all dah sertai forum, mesti letakkan signature kat setiap komen u all… Letaklah link ke blog u all… design signature mestilah menarik…

1 comment:

  1. Banyak isi-isi padat dalam artikel ni kena renung satu persatu untuk dipratikan.

    Komen cikit: background bunga merah ni terlalu terang menganggu keharmonian mata terutamanya page bahagian yg transparent background. Sidebar sku tak leh baca.

    Tahniah banyak: Disebabkan, byk sgt blog yg dah jadi blog copy n paste, aku ucapkan tahniah. Teruskan menulis karangan original. Percayalah idea tak pernah habis (masa aje tak cukup).
    Buat Duit Blog

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...