Wednesday, September 12, 2012

Demi Nyawa Ibu


SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Berkorban apa saja harta atau pun nyawa, begitulah yang terjadi pada kes ini apabila anak sanggup berkorban nyawa atau apa saja untuk ibu yang dikasihinya. Pengorbanan ini amat besar bagi diriku. Jom baca berita ;-

IPOH : Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka. 


Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.


1 comment:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...