Google+ Followers

HILANGKAN STRESS JOM LAYAN LAWAK JENAKA

Anda bosan, di landa stress tidak menentu, kepala pening dan pusing, jom bersama saya layan jenaka yang mengecutkan perut nie..


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
.
Citer 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
.
p/s : Hilangkan tekanan, bina kekuatan..


12 comments:

  1. hehe !.. mana dapat idea lawak ni... nak copy leh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x nak cuba widget ni..?
      http://waazin.blogspot.com/2013/04/tutorial-pasang-widget-post-terbaru.html

      Delete
    2. saya dah pasang widget post terbaru waazin..

      Delete
  2. ye dh nampak.. mekasih :-) cantik... mmg tak letak tajuk ye.. "entri terkini" ke ? :-)

    ReplyDelete
  3. wahahhahaa...suke lawak 3&4.
    stress pon bleh ilang wooooo :D

    ReplyDelete
  4. haha..:D pndai sgt bt lawak.

    ReplyDelete
  5. lawok r....kmi bru blk mancing td...huuu panass

    ReplyDelete
  6. lawak2.. ptg2 tergelak sorang2 :)

    p/s: asmar jadi tak tempah header kat deno? deno nampak header baru kat blog asmar... heeee^^

    ReplyDelete
  7. I actually took some unique insight from this. I cherish you finding the time and effort to put this material up.

    I once more discover myself devoting way too much time both reading and/or commenting.
    Absolutely worth the time, regardless.

    Visit my web-site - Applegate

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.