Google+ Followers

ANDA KENAL MEREKA ? | Asmaa Mohamed El Beltaji (Mesir) DAN Ummu Nidhal (Palestin)


Anda kenal mereka?


Kedua-dua mereka telah menemui Allah swt. 

1) Asmaa Mohamed El Beltaji (Mesir) 
2) Ummu Nidhal (Palestin)

Aspirasi buat kaum Hawa diluar sana! 

Asmaa Mohamed El Beltaji berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada tragedi berdarah di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan Muslimin iaitu Mohammed El Beltaji.

Ummu Nidhal pula atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel. 

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:

"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Mereka 'hidup' dihati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.

sumber : facebook

2 comments:

  1. bila kita berada di sana , kita juga mungkin melakukan perkara yg sama . mrk x de pilihan selain berjihad kerana Allah ...

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.