Google+ Followers

BILA NENEK NAIK MINYAK





BILA NENEK NAIK MINYAK...| Segamat: “Saya tanya dia sama ada mahu bersarapan roti canai bersama saya atau tidak. Dia diam saja dan terus masuk ke dapur.

“Tiba-tiba dia keluar (dari dapur) dengan parang di tangan dan terus menetak saya,” kata pekerja ladang dikenali sebagai Azmi, 57, yang cedera di kepala dan badan akibat ditetak isterinya, kelmarin.

Kejadian itu yang berlaku jam 10 pagi di rumah pasangan berkenaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu. 

Akibat kejadian itu, Azmi mendapatkan rawatan di Hospital Segamat, di sini dan menerima 13 jahitan di kepala serta enam di belakang badan, sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Azmi berkata, mujur dia dapat merampas parang daripada isterinya dan segera berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum dibawa ke Hospital Segamat oleh jiran. (Harian Metro)

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup. Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama pasangan kita:

* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada pasangan kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu pasangan mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika pasangan dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, pasangan akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan
* Berdoalah pada yang Esa supaya dihindarkan dari dikuasai kedua2 sifat itu.

Kesimpulannya, cemburu kita biarlah berpada... marah pula biar berhemah!

Di petik daripada laman muka buku Datuk Maznah Hamid

2 comments:

  1. kem ain betul nenek ni..cemburu punye hal die kasi free je suami diee

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. macam -macam sekarang ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.