Google+ Followers

Cara Atasi Bayi Perut Kembung


Bayi Perut Kembung?

Bayi yang sering kembung perlu di sendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di dalam perutnya keluar. Untuk pengetahuan anda, bayi yang minum susu terus dari payudara ibu kurang mengalami masalah ini berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol susu. Hal ini kerana ibu boleh mengawal sendiri aliran susu yang diminum bayi seterusnya mengurangkan jumlah angin masuk ke tubuh bayi. Bayi yang menyusu menggunakan botol banyak menelan udara yang telah tersedia terkumpul di dalam botol susu tersebut. Untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlaku kepada bayi anda, berikut adalah panduan untuk mengatasi masalah kembung perut.

Pertama, anda perlu pastikan botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting agar tidak banyak udara masuk bersama semasa bayi menyusu.

Kedua, anda perlu sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.

Ketiga adalah anda harus tuam perutnya setiap kali selepas mandi.

Antara petua yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah perut kembung anak anda ini adalah dengan mengambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan dengan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit dan tekapkan daun tersebut pada perut bayi.

Petua yang lain pula ada menyebutkan anda boleh juga menggunakan daun sirih. Layurkan dua helai daun sirih dan letakkan pada perut bayi. Tutupkan dengan barut dan ikat dengan kemas.

Kaedah seterusnya adalah dengan ambil seulas bawang putih dan ketuk. Campurkan dengan sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan di atas bara dan apabila sudah suam-suam kuku, tuam pada pusat dan perut bayi dan telapak kaki bayi perlahan-lahan.

sumber : mingguanwanita

3 comments:

  1. Perkongsian yang sangat bermanfaat... Terima kasih

    ReplyDelete
  2. asmar...akak cari jugak tips nie..jumpa dah..thanks...akak tag awak..

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.