DAY 2 - 18 Mac 2017
Semalaman di UPTOWN BEACH RESORT meninggalkan kenangan pahit manis. Pahitnya sebab tak dapat tidur lena, mungkin sebab tukar tempat tidur. Manisnya sebab sayang nak tinggal tempat nie best.
UPTOWN BEACH RESORT
Pagi sarapan kat hotel bermula jam 8.00am sampai 9.30am. Selesai sarapan turun berenang dan mencandat sotong sekejap. Naik bilik kemas barang sebab nak check out, kemudian nak gi check in Nipahmas Chalet kat Teluk Nipah.
Jam 12pm check out. Terus perjalanan bersama dua buah motor yg di sewa. Kami check in NIPAHMAS CHALET. Chalet ini terletak betul2 tengah pekan teluk nipah. Mudah bagi kami untuk keluar membeli belah. Harga penginapan semalam yg kami ambik RM120.00. Punya 1 katil berkembar dan 1 katil 2 tingkat. Cukup dan sesuai untuk kami sekeluarga.
NIPAHMAS CHALET
Nipahmas Chalet
Rabiatul dan Amar agah2 nak naik motor
Jam 2.00pm kami keluar ronda pusing pulau, cuak jugak sebab kena guna jalan yang tinggi berbukit dan bersimpang. Tempat menarik di Pulau Pangkor yang kami lawat ialah KOTA BELANDA, BATU BERSURAT dan MASJID TERAPUNG yang baru di bina sangat menarik.
Kota Belanda yang masih kukuh
Batu Bersurat yang penuh misteri
Masjid Terapung kat hujung bukit
Kota Belanda arah depan
Jam 6.00pm seperti biasa keluar berenang. Makan malam, ronda2 pekan Teluk Nipah. Beli sikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.
Charkueyteow udang besar
Pilih2
DAY 3 - 19 Mac 2017
Jam 7.00am bersiap sedia untuk turun memancing di jeti teluk nipah. Jeti nie memang cantik binaannya tapi tak tahu kenapa terbiar dan tak di gunakan. Pemancing tegar menggunakannya untuk memancing.
Sepanjang jalan Teluk Nipah pada pagi hari ada pelbagai jualan sebagai sarapan. Pelancong2 juga di lihat sangat awal keluar berjalan2.
Jam 8.00am kami pergi berenang lagi, dan meninggalkan suami dgn hobi memancingnya. Satu jam setengah berenang, kami pulang ke bilik untuk siap2 beg untuk berlalu pulang.
Jam 11.00am kami ambik kesempatan terakhir untuk ronda2 sempena hari terakhir di sini. Sempat membeli coconut shake, makan nasi ayam bersama bebola ikan, sambil mata memandang ke lautan nan biru menyaksikan acara pantai yg hebat seperti BANANA BOAT, JETSKI, BOT BAWA PELANCONG SNORKELING dan BIG MABLE.
JAM 12.00pm check out time. Susah jugak nak balik dgn barang yg banyak menggunakan motor sahaja. Sampai jeti Lumut ramai sangat pelancong masuk keluar di terminal. Kami beratur sambil menunggu feri tiba.
Jam 1.30pm feri tiba dan kami bergerak menuju ke Terminal jeti Lumut. Kami selamat tiba dan beredar keluar dari lumut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.
Salam Sayang semua.