Monday, October 22, 2012

Kenapa Kita Bermimpi?


Anda pernah bermimpi? mimpi ini memang mainan tidur kan!!, kerna bila bermimpi kita dalam keadaan tidur, tetapi adakalanya mimpi itu seakan2 betul2 dan benar2 terjadi, takut, gentar dan gelisah dengan mimpi2 yang terjadi. Aku terkait untuk mengaitkan mimpi hari ini kerna aku terlalu kagum ketika aku di buai mimpi, apa pun kita boleh lakukan di dalam mimpi. Aku suka bermimpi, anda bagaimana sukakah bermimpi, tetapi hakikatnya mimpi mempunyai seribu ke anehan kan, bagi diriku, aku suka bermimpi, kepuasan ku temui ketika bangun dari tidur, tidur tanpa mimpi terlalu sunyi ku rasakan. Terima Kasih Allah.

Apa itu mimpi?

Mimpi ialah sebuah khayalan dan pandangan yang wujud dalam minda kita semasa kita tidur. Dalam dunia ini tiada seorang manusia yang dapat mengelakkan dirinya daripada bermimpi. Manusia akan mula bermimpi dari zaman kanak-kanak lagi.  Sesiapa yang ada anak-anak kecil boleh lihat mereka ketawa, menangis, berbual, bergerak atau bertindak dalam tidur. Aktiviti-aktiviti ini adalah tindak balas daripada mimpi yang dilihat kanak-kanak tersebut.
Para pengkaji minda sekarang telah menemui bahawa manusia akan mula bermimpi seawal zaman bayi lagi. Tiada siapa yang dapat terlepas dari bermimpi. Ada saintis yang mendakwa bahawa binatang pun akan bermimpi.


Kenapa kita bermimpi?

Seorang manusia akan bermimpi  kerana banyak perkara iaitu tindak balas minda di atas masalah peribadi, tekanan kehidupan, tekanan pekerjaan, penat, keinginan atau kehendak, peristiwa silam, pandangan yang dilihat roh semasa tidur, pesanan dari minda dalam “Internal Mind”, pesanan dari alam roh, pesanan dari alam semula jadi, pesanan yang dihantar manusia lain, pesanan yang dihantar oleh Tuhan dan sebagainya.


Mimpi kerana nafsu

Kebanyakan mimpi yang kita lihat; diwujudkan oleh minda kita untuk memuaskan hati kita sendiri. Contohnya: Mimpi seperti kita membeli sesuatu, menggunakan sesuatu barang yang diingini, mengadakan hubungan seks, memandu kereta mewah, menghuni rumah banglo dan sebagainya. Mimpi-mimpi sebegini berpunca dari cita-cita dan keinginan kita yang belum menjadi kenyataan.

Mimpi-mimpi ini adalah tindak balas dari perasaan dan keinginan yang terpendam dalam hati kita sekian lama. Apabila wujudnya sebuah situasi yang sesuai “Internal Mind” kita akan menyebabkan kita bermimpi bahawa keinginan kita telah tercapai untuk memuaskan nafsu dan menenangkan minda kita. Mimpi-mimpi sebegini juga akan wujud sebagai tindak balas terhadap cita-cita, duka cita, gembira atau perasaan lain yang terpendam dalam hati dan minda kita.


Mimpi dari alam roh

Tempat, peristiwa dan orang-orang baru yang kita lihat dalam mimpi adalah sebuah peristiwa yang sedang di lihat oleh roh kita yang keluar dari badan kita semasa tidur “Astral Projection”. Peristiwa yang berlaku dalam mimpi sebegini akan berulang atau akan menjadi kenyataan pada kebanyakan masa. Tempat-tempat itu akan kita kunjungi suatu hari nanti dan akan bertemu dengan orang yang kita lihat dalam mimpi sebegini.

Anda mungkin ada pengalaman seperti ini. “Apabila anda pergi ke sesuatu tempat anda terasa seperti pernah kunjungi tempat tersebut dan apabila bertemu dengan seseorang anda akan terasa seperti pernah bertemu dengan orang tersebut sebelumnya”. Perasaan seperti ini wujud kerana roh kita telah sampai ke tempat tersebut sebelum ini dan roh kita telah bertemu dengan orang atau roh orang tersebut semasa keluar dari badan “Astral Projection”. Pertemuan itu mungkin berlaku di dunia ini atau di dunia roh.


Berita dan pesanan

Setiap manusia akan menerima mimpi yang memberi amaran, panduan, arahan dan mimpi yang membawa pesanan. Mimpi-mimpi seperti ini wujud kerana minda dalam “Internal Mind” kita menerangkan kepada kita amaran, panduan, arahan dan pesanan yang diterimanya dalam bentuk gambaran. Amaran, panduan, arahan dan pesanan seperti ini diterima dari alam semula jadi, alam roh, manusia lain, makhluk halus dan Tuhan.


Keterangan Mimpi

Kebanyakan masa minda kita tidak akan tenang semasa tidur. Kita sering akan fikirkan masalah dan tekanan kehidupan semasa tidur, walau pun otak kita tidak fikirkan masalah tersebut, minda kita tetap akan berfikir tentangnya tetapi kita tidak akan menyedarinya. Jadi mimpi yang kita lihat dalam jangka masa yang singkat dari mula tidur hanyalah tindak balas dari tekanan kehidupan, mimpi sebegini tidak perlu dipandang serius dan tidak akan membawa sebarang maksud bagi kita.

Mimpi yang bermaksud atau mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan wujud dalam lingkungan 4 hingga 6 pagi. Mimpi yang wujud dalam masa-masa lain tidak perlu diberi perhatian atau kepentingan. Apabila kita menerima sebuah mimpi yang membawa maksud, biasanya mimpi tersebut akan berulang untuk beberapa hari.

Apabila kita menerima mimpi-mimpi yang ada maksudnya, kita tidak akan melupakan mimpi tersebut apabila bangun pagi dan hati kita akan mengulangi bayangan mimpi tersebut. Jika kita terlupa sesuatu mimpi setelah bangun pagi kita perlu risau; kerana ia hanya mimpi kerana tekanan hidup

Petikan dari:
 Rahsia Alam. com 



Kesan Pengambilan Cili Berlebihan

 
Masyarakat kat Malaysia ni rata2 semua suka akan makanan pedas, tahukah atau tidak makanan yang pedas2 ni mengundang banyak masalah, saya kongsikan info ini untuk diri sendiri dan anda semua.
 
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :


Meningkatkan asid perut
Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.
 
sumber : yahoo ent


Perbezaan Air Mineral Dan Minuman



Sekadar info buat semua dan diri saya sendiri.


Pasti anda sering tersalah ambil atau tidak dapat membezakan air minuman (air suling) dan air mineral jika mahu membeli air.

Perbezaan yang mungkin anda tahu adalah harganya dimana air mineral lebih mahal berbanding air minuman biasa. Namun tidak ramai yang peduli dengan harga. 

Namun, setelah anda minum, pasti anda akan mengatakan air yang anda minum rasanya lain, dan ada kalanya jika anda membeli air minuman jenama lain pula akan rasa lain pula. 

Tidak tahu mengapa? Ikuti beberapa info singkat yang menarik untuk menghuraikan persoalan perbezaan air minuman dan juga mineral semula jadi. 

Air Minuman (Suling) 
Rasanya lebih payau dan kelat. Manakala penutupnya akan hadir di dalam warna putih sahaja. Jika anda memilih air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan tidak tertulis "air minuman". Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang. Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi. 

Air Mineral semula jadi
Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada tertera tulisan "Air Mineral". Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.

sumber : Yahoo

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...